Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

DHPP Wanita Sasar 4 Strategi PRU ke-13

KOTA BHARU, 15 Nov - Kumutha Dewi A/P Raman selaku Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut hadir sepanjang muktamar ini menyeru muslimat PAS lebih menyantuni wanita bukan Islam.

Berucap di hadapan 660 perwakilan muslimat hari ini, beliau menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa negeri sahaja yang mempunyai ketua DHPP.

Beliau menyatakan sanggup untuk turun padang bersama muslimat PAS berharapkan agar pertambahan ahli wanita dalam DHPP.

"Pengundi wanita sebagai penentu PAS dalam pilihan raya kerana pengundi wanita lebih ramai berbanding pengundi lelaki," ujarnya.

Dalam ucapan penggulungan dewan itu, beliau turut mengetengahkan empat strategi yang boleh muslimat PAS guna pakai sebagai panduan memenangi pilihanraya ke-13 nanti.

Strategi yang paling utama adalah kerjasama antara parti dan jentera dalam Pakatan Rakyat.

Strategi kedua, sampaikan maklumat termasuk penerangan bercetak mengikut bahasa ibunda bangsa masing-masing.

Strategi ketiga, penerangan berkenaan perlaksanaan hukum hudud disampaikan dengan lebih terperinci kepada bukan Islam.

Strategi terakhir adalah maklumat yang hendak disampaikan perlu melalui teknologi terkini untuk sebaran yang cepat.