Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

PAS Lulus 8 Usul Diterima Tanpa Bahas

PENGKALAN CHEPA, 18 Nov - PAS dalam Muktamar Tahunan kali Ke-58 yang bersidang pada hari terakhir ini meluluskan lapan usul tanpa dibahas.

Empat usul daripadanya dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Dewan itu mengusulkan Usul Media Parti, Usul Agama, Usul Politik, dan Usul Dakwah Non-Muslim.

Manakala satu usul yang diluluskan berkenaan kebajikan dibawakan Dewan Muslimat PAS PUsat.

Tiga lagi usul yang diluluskan berkenaan pula ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diberi peluang bertanding Pilihan Raya ke-13, Menghapuskan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan Himpunan BERSIH 4.0.

Pagi ini, di dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) sedang berlangsung perbahasan lapan lagi usul untuk diluluskan.

Antara usul yang hangat dibahaskan usul perndidikan yang mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menangguh dan mengkaji semula Sistem Pentaktaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).