Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Organisasi (Dewan Ulamak PAS Pusat)

Menyedari bahawa masa depan PAS untuk memerintah Malaysia adalah sesuatu yang tidak mustahil. Bagi melangkah kehadapan  dalam meyakinkan rakyat dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS, ia memerlukan keyakinan terhadap kualiti kepimpinan dan pengurusan PAS dalam memertabatkan Islam.

Maka, di sini letaknya peranan Majlis Syura Ulama PAS untuk memastikan setiap yang diberi tanggungjawab memimpin parti dan kerajaan di bawah PAS benar-benar mematuhi syariat.  Sewajarnya pematuhan kepada syariat ini diaudit secara berstrukturdan mempunyai unit berautoriti untuk menjalankan pengauditan tersebut yang berada di bawah naungan majlis syura ulama' PAS.

Pengauditan ini juga merangkumi semua aspek termasuk urusan pentadbiran dan penglibatan pemimpin-pemimpin PAS yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan supaya memenuhi pematuhan syariat dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Ini sekaligus akan mempertingkatkan tahap kompintensi kepimpinan yang dipelopori oleh kepimpinan ulama' yang bersumberkan kepada AlQuran, assunnah, ijma' dan qiyas.

Maka dengan ini, Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

  1. Majlis Syura Ulama' PAS menubuhkan sebuah unit audit syariat bagi tujuan mengaudit perjalanan badan eksekutif yang terdiri daripada ahli jawatankuasa PAS, Badan Perhubungan PAS Negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir di bawah PAS.