Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Politik (Dewan Pemuda PAS Pusat)

Menyedari bahawa AES dilaksanakan tanpa perencanaan dan kajian yang komprehensif;

Menginsafi bahawa AES adalah projek kroni kapitalisme regim UMNO dan BN dengan bermatlamatkan mengumpul kekayaan dengan cara yang salah.

Menyedari bahawa AES ditolak oleh majority rakyat Negara ini;

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Pusat mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

     1. Mendesak supaya AES ditangguhkan serta merta bagi mengelakkan penganiyaan kepada rakyat Negara ini.

     2. Mendesak supaya satu tatacara kelola trafik yang baru berdasarkan kajian dan juga piawaian Negara maju yang lebih bersifat edukatif kepada pengguna jalan raya Negara ini.