Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Antarabangsa (Dewan Pemuda PAS Pusat)

Gaza kini berkubang dgn darah kembali di bulan muharram yg bersejarah. Krisis kemanusian terus menyelimuti bumi Palestin semenjak tahun 1948 dan dijangka terus merobek duka bumi isra' selagi mana hak palestin tidak dikembalikan. Dalam tempoh 48 jam ini bedilan dan ledakan telah membunuh puluhan warga Gaza dan mencederakan ratusan yg lain.

Krisis terkini Gaza saat muslim Rohingya juga dirobek,dikucil dan tak pedulikan oleh masyarakat antarabangsa.puluhan ribu yg telah terbunuh,disakiti,dinafikan hak sbg warganegara sedangkan dalam sejarah terbukti muslim Rohingya mempunyai kerajaan semenjak abad ke 7. Kini muslim Rohingya menjadi pariah di negara sendiri, malah dikhianati oleh kerajaan sekular Bangladesh.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

  1. Mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan juga Rohingya yang sedang meringgis.
  2. Menggesa supaya pihak OIC, liga Arab dan PBB mengambil tindakan serta merta terhadap isu ini yg sedang menjadi duri di hati ummah.
  3. Mendesak kerajaan Malaysia menyatakan sikap yg tegas serta menggunakan seluruh mekanisme operasi yg paling optima untuk membantu krisis kemanusiaan yg berlaku di Gaza serta Arakan.