Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Pendidikan (Dewan Muslimat PAS Pusat)


Menyedari bahawa mutakhir ini terlalu banyak aduan yang diterima oleh Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat berkaitan Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) yang begitu membebankan guru dan warga seolah – olah dilayan seperti ‘robot’ dan ‘hak serta masa rehat guru’ telah ‘dirampas’.

Menyedari Laporan Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 2008 terdapat menyatakan banyak aduan bahawa amalan birokrasi dari pihak atasan yang mengarahkan guru di sekolah melakukan tugas- tugas perkeranian, khasnya dalam pengisian borang, butiran yang terlalu banyak,dan telah mewujudkan ‘tekanan kerja yang melampau’di kalangan guru.

Menyedari betapa banyaknya urusan dokumentasi ,kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) sekaligus telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi yang boleh dilakukan oleh guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (p&p).

Menginsafi bahawa guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah dan telah menjejaskan masa rehat guru,tanggungjawab sebagai suami isteri di rumah, pengabaian terhadap anak dan keluarga serta urusan ibadat bagi guru yang beragama Islam khususnya.

Menginsafi bahawa pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) bahawa instrumen untuk melaksanakan PBS ini tidak dinyatakan secara jelas ,sebelum dilaksanakan hingga menimbulkan ‘tekanan’ kepada guru yang sebenarnya hampir 80% orang guru tidak faham cara mana dan bagaimana untuk melaksanakan PBS ini kerana ‘kesediaan guru ‘ masih kurang.

Menginsafi bahawa nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyar (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini dan dianggap telah terkeluar dari kerangka sistem pendidikan Negara.

Menerima hakikat bahawa guru terpaksa mengurus sistem fail pelajar yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’ dan menjejaskan tumpuan guru dalam p& p.

Menerima hakikat bahawa modul soalan dalam pelaksanaan PBS ini tidak selaras dan menimbulkan masalah kepada guru untuk membuat penilaian khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang tidak ada panduan khusus dari segi menggredkan kemahiran pelajar.

Menerima hakikat bahawa dalam pelaksanaan PBS ini soal kelajuan internet paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu ,menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in ‘ data tidak dapat dilakukan.

Maka dengan ini, Dewan Muslimat PAS Pusat mengusulkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

Mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia agar menangguhkan dan mengkaji semula pelaksanaan PBS ini dengan mengambilkira faktor- faktor yang dinyatakan di atas dengan memberi perhatian penuh beberapa pertimbangan berikut :

  1. Guru sebagai ‘pelaksana dasar’ perlu diberi kursus peningkatan secara professional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS ini dapat berjalan dengan lancar.
  2. Hak, masa rehat guru dan kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.
  3. Memberikan hak yang adil dan sama rata kepada seramai 800,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pelaksanaan PBS ini.
  4. Memastikan akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah diatasi dengan sebaiknya sebelum pelaksanaan dilakukan .

Semoga hak dan kebajikan warga pendidik sekaligus pelajar dapat diperjuangkan demi memastikan kelangsungan generasi pelapis masa hadapan dan pewaris kepimpinan negara dalam persada pendidikan Negara.,Laporan Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 2008 terdapat banyak aduan bahawa amalan birokrasi dari pihak atasan yang mengarahkan guru di sekolah melakukan tugas-tugas perkeranian, khasnya dalam pengisian borang, butiran yang terlalu banyak sering berlaku dan telah mewujudkan ‘tekanan kerja yang melampau’di kalangan guru. Jadi, sejauhmana keprihatinan Kementerian pelajaran Malaysia untuk mengatasi soal ini.