Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Politik (PAS Pusat)

Menyedari sokongan rakyat kepada Umno BN semakin merosot menjelang PRU 13 dan tongkat sakti MCA, Gerakan dan MIC sudah patah, bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN.

Menyedari bahawa Umno hanya perlu menarik sokongan orang Melayu untuk menjamin kelangsungan pemerintahan BN di dalam PRU akan datang, maka mereka menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali tanpa menghirau soal dosa dan pahala, tanpa mengira isu yang dibangkitkan benar atau salah.

Menyedari hakikat ini maka mereka menggunakan Melayu, Agama dan Raja untuk menunjukkan mereka adalah juara memperjuangkan Melayu. Walaupun hakikatnya Umno seperti pencuri menjerit pencuri..

Maka Muktamar PAS Kali ke 58 yang bersidang pada hari ini 2-4/ Muharam 1434 bersamaan 16-18/Nov/2012 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) perlu mengambil tindakan yang lebih agresif supaya agenda pembohongan Umno tidak termakan oleh rakyat dengan

  1. Memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu melalui berbagai medium seperti ceramah, risalah, banner, media baru.
  2. Menyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu, lebih baik daripada Umno. Persetujuan untuk mengekalkan hak istimewa Bumiputera telah disetujui di dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam.
  3. Menerangkan pembohongan Umno yang mengatakan bahawa Dap akan menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang. Sedangkan kerusi majoriti bukan melayu hanya 45 kerusi sahaja, jika dimasuk kerusi Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi daripada 222 kerusi.
  4. Menerangkan kemampuan PAS yang memerintah negeri Kelantan selama 22 tahun, sehingga mampu menurun kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 walau pun dinafikan hak oleh kerajaan pusat.
  5. Menerangkan kemampuan PAS di Kedah bersama PR telah mampu menunjukkan prestasi yang baik walaupun terpaksa menanggung beban hutang yang ditinggal oleh BN sebanyak RM1.8 bilion.