Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

USUL Mewujudkan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (PAS Pusat)

Menyedari semakin banyak taktik kotor serta pelbagai bentuk penipuan yang telah di jalankan oleh Kerajaan (UMNO/BN) untuk memastikan mereka berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya di dalam dalam PRU ke-13 dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Menginsafi Kerajaan (UMNO/BN) tidak serius dalam usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk dalam menangani isu ini, namun tuntutan yang dikemukakan tetap diabaikan. Bahkan, Kerajaan (UMNO/BN) berusaha untuk melindungi kepentingan mereka di dalam Pilihanraya dengan meminda undang-undang piliharaya antaranya memasukkan Seksyen 9A di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang tidak membenarkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah

Memaklumi Kerajaan (UMNO/BN) juga tidak menghormati pendirian rakyat apabila gagal mengambil peduli tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa BERSIH bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Menyedari agensi-agensi di bawah Kerajaan yang telah disalahgunakan dalam kes pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing , melindungi pemberian kad pengenalan palsu yang kemudian didaftarkan sebagai pengundi sepertimana dibuktikan oleh Jawatankuasa Anti Penyelewangan IC ( “API” ) yag menunjukkan Pasukan Khas telah dibentuk di bawah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak yang mengepalai Projek IC di mana ia telah dijalankan secara terancang oleh Pasukan Khas ini. Taskforce inilah yang telah membantu ,dengan secara tidak sah, UMNO bagi menakluk Sabah dalam Pilihanraya pada tahun 1990 dengan memberi kad pengenalan kepada warga asing daripada Filipina dengan syarat mereka mengundi UMNO pada Pilihanraya tersebut. Perbicaraan di Mahkamah di dalam petisyen pilihanraya DUN Likas telah mendedahkan amalan tidak sah dan tidak bermaruah di mana Hakim Dato’ Muhammad Kamil Awang telah membatalkan piliharaya di Likas antara lain atas alasan wujudnya daftar pemilih yang tidak bersih dan amat amat meragukan.

Menyedari Kerajaan UMNO/BN telah menyalahguna dana awam dengan memberikan bantuan/sumbangan atas nama UMNO/BN di mana pemberian insentif yang tidak bertanggungjawab tidak lain kecuali untuk menarik sokongan rakyat. Ini tidak termasuk penerimaan dana asing yang dibawa masuk secara haram oleh sekutu mereka bagi digunakan sebagai modal memancing undi rakyat.

Maka, PAS dengan ini mengambil iltizam untuk:

Maka dengan ini, PAS Pusat mencadangkan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang bersidang pada 2-4 Muharram 1434H bersamaan 16-18 November 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIK) Kelantan mengambil ketetapan berikut :

  1. Mengukuhkan sokongan ke atas Jawatankuasa BERSIH yang telah mengemukakan 8 tuntutan untuk membersihkan pilihan raya.
  2. Mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan (UMNO/BN) untuk memenuhi kesemua tuntutan Jawatankuasa BERSIH.
  3. Menyeru jentera-jentera PAS untuk terus membongkar penyelewangan UMNO/BN,melalui semakan daftar pemilih kawasan masing-masing dan seterusnya menjadi ajen penerangan dalam menyebarkan hal penyelewangan ini kepada pengundi sekitar terutamanya pengundi luar bandar.
  4. Memberi amaran keras kepada SPR supaya tidak memejamkan mata atas isu penyelewengan daftar pemilih seperti yang berlaku di Selangor di mana pengundi-pengundi baru sejak 2008 adalahseramai 500,000 lebih di mana 100,000 daripada mereka merupakan pengundi yang statusnys dipertikaikan.
  5. Mendesak SPR dan ajensi-ajensi Kerajaan yang terlibat dalam isu penyelewengan daftar pemilih seperti yang berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain khususnya negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat
  6. Menyeru seluruh sayap dalam PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong dan PAS Negeri untuk memberi tekanan dan asakan kepada SPR untuk membersihkan ke semua daftar undi sebelum PRU ke-13.