Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

Ucapan Dasar Presiden PAS : Negara Berkebajikan Teras Perpaduan


UCAPAN DASAR MUKTAMAR PAS 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما
ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد
وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل
وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه
إلى يوم الدين
.

1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Saya ucapkan selamat datang ( )أهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada semua para perwakilan dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini, dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita, menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam segala lapangan.

3. Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.

>>Klik untuk teks penuh Ucapan Dasar