Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

PRU-13, Pimpinan dan Ahli Siap Kerja Keras

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Menawan Putrajaya bukan matlamat terakhir PAS. Apa yang akan diisi selepas kemenangan itu adalah matlamat utama yang PAS perlu realisasikan, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

Beliau dalam ucapannya pagi tadi menegaskan PAS mahu melahirkan sebuah negara yang memiliki nilai-nilai Islam yang kian terhakis dari Putrajaya pada hari ini.

Mengambil kira muktamar kali ini sebagai muktamar terakhir bagi PAS dan jenteranya sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13, beliau mengingatkan bahawa pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertarungan sengit di antara calon-calon.

"Ini kerana UMNO sudah mengumumkan yang mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan terus menguasai pemerintahan negara," beritahunya.

Justeru katanya, setiap pimpinan dan ahli PAS harus bekerja lebih keras di samping sentiasa berwaspada dengan tindakan UMNO.

"Para pimpinan harus muhasabah diri dan mengambil iktibar atas setiap teguran yang dinyatakan oleh para perwakilan dalam sesi muktamar ini" seru beliau.

Beliau mencadangkan tahap intelektual dan spiritual setiap ahli digilap sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran pada pilhan raya nanti.

Turut hadir pada muktmar tahunan kali ini ialah 2 wakil kedutaan dan wakil-wakil gerakan Islam Antarabangsa.