Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

PAS Gerakan Islam Penyambung Perjuangan

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS adalah gerakan Islam yang menyambung perjuangan Islam dan membawa mesej Islam dengan komponen tarbiyah, dakwah serta politik yang jelas.

Beliau berkata PAS wujud sebagai kesinambungan dari perjuangan menentang penjajah yang dipimpin oleh ulamak terdahulu sejak tahun 1973 dan PAS wujud secara rasminya pada tahun 1951.

Malah sepanjang tempoh itu, PAS mengalami pasang surut pengalaman dalam penglibatan sistem demokrasi pilihan raya.

"PAS tetap memilih demokrasi menyertai pilihanraya sebagai wasilah walaupun berdepan dengan demokrasi tanpa moral oleh pihak UMNO-BN," jelas Abdul Hadi.

Tambahnya, Majlis syura Ulama diwujudkan dalam PAS bagi menjamin keteguhan PAS dalam dasar Islam, aqidah, syariah, akhlak, dan nizam (Sistem), beristiqamah dengan undang-undang tubuh PAS.

PAS turut mengambil pengajaran yang baik dari kemenangan rakan-rakan di negara Asia Barat dengan ilmu dan bukannya mengagumi atau menjadi pengikut secara semberono.

Beliau dalam ucapan dasarnya pagi tadi turut menasihati agar ahli-ahli PAS tidak berasa terasing dalam PAS.