Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

PAS Sedia Menjadi 'Jambatan' Penyelesai Konflik

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS mengharapkan persetujuan damai yang dicapai antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina dapat menjadi pedoman kepada kerajaan-kerajaan lain dalam menangani isu wilayah bergolak seperti di Selatan Thailand dan Wilayah Rakhine,

Mengulas isu antarabangsa ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kedua-dua buah negara itu supaya menghentikan segera konflik yang berlaku dengan kembali ke meja rundingan untuk mencari jalan damai.

"PAS punya sumbangan membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia dan juga proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina," ujarnya dalam ucapannya pagi tadi.

Tegasnya lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menjadi 'jambatan' bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini.