Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

Komitmen PAS Untuk Rakyat

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS sedia memberi komitmen untuk rakyat dan sedia menerima amanah sebagai komponen kerajaan pusat ataupun negeri bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, komitmen besar PAS ini memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat ini tidak akan dizalimi atau dibalas dendam.

"Mereka ini yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat. Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," jelasnya.

PAS menyeru kepada rakyat keseluruhannya agar tidak takut untuk berubah kepada perkara yang lebih baik.

"Sekiranya PAS gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihan raya yang seterusnya," katanya.

Senarai usul yang akan PAS mansuhkan sekiranya diberi amanah ini antaranya ialah mengembalikan kewibawaan institusi penting, membela hak rakyat peribumi Sabah dan Sarawak serta peneroka FELDA.