Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

Pimpinan Elak Panjang Lidah, Panjang Tangan

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Pimpinan PAS dinasihatkan agar ini tidak panjang lidah dalam mengeluarkan kenyataan dan menjawab isu atau panjang tangan dalam menulis artikel.

Nasihat ini bangkitkan bagi mengelakkan kecelaruan fikrah dan polemik dikalangan ahli PAS.

Perwakilan Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya dalam membahaskan ucapan dasar Presiden PAS itu mengingatkan agar setiap pimpinan seluruh peringkat sama ada pusat atau kawasan untuk bersih dalam soal aqidah.

"Para pimpinan bukan hanya bebas dalam aspek rasuah, malah perlu memiliki aqidah yang jelas iaitu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah," jelasnya.

Dalam konteks wala’ dan taat, beliau menegaskan supaya pimpinan kawasan tidak menganggap wala' sebagai candu dalam masyarakat.

Menyatakan sokongan PAS mahu menuju Putrajaya, Ustaz Ahmad yakin matlamat itu akan tercapai dengan niat yang ikhlas.

Justeru, bagi mencapai matlamat itu, beliau mencadangkan ahli PAS menjadikan peristiwa perang Uhud dan perang Hunain sebagai contoh PAS dalam menghadapai perang PRU-13 nanti.

“Perang Badar tidak ramai yang turun tetapi mereka memiliki niat mempertahankan agama,

"Perang Uhud makin ramai memberi sokongan dan bersedia untuk turun ke medan, dan yang turun berperang memiliki niat yang berbeza-beza,

"Manakala Perang Hunain pula ada yang mendabik dada apabila mengatakan kita tidak mungkin kalah dengan bilangan yang ramai dan sokongan yang kuat," jelasnya.

Ustaz Ahmad berkata fokus PAS Kedah menyaksikan pelbagai cabaran untuk ke Putrajaya sehingga Barisan Nasional pernah memandang kerajaan PAS Kedah hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Tetapi mereka tetap berjaya mengurus rakyat dengan baik di Wisma Darul Aman.

“Walau langit itu biru, yakinlah rumput tetap hijau,” tambanya.