Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

image Follow Us:

PAS Pastikan Agama Persekutuan Bawa Kebaikan

PENGKALAN CHEPA, 17 Nov - PAS dengan permuafakatan Pakatan Rakyat mengisytiharkan empat resolusi siap sedia memerintah Malaysia.

Menyokong relosi bahawa Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agama-agama lain untuk diamalkan di Malaysia, perwakilam Pulau Pinang, Ustaz Mohd Fauzi Yusof menyatakan,

"Islam yang dipenjarakan oleh Umno kini bukanlah Islam yang meletakkan sebagai penyelesai kepada segala masalah, malah banyak membawa masalah seperti rasuah, kroni dan lain-lain lagi,

"Sekiranya Islam dipenjarakan, Islam itu tidak akan memberi rahmat kepada umat ini,"ujarnya.

Islam yang menjadi Agama Persekutuan itu menjadi tanggung jawab kepada PAS untuk memastikan Islam ini ditafsirkan sebagai Ad-Din, yang membawa kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Oleh itu, beliau menegaskan supaya semua pendokong dan penyokong PAS perlu mempertahankan kepimpinan ulamak kerana pemimpin itu yang akan memimpin PAS menuju Putrajaya.

Ustaz Mohd Fauzi turut mengharapkan perwakilan PAS akan terus bersama berganding bahu menyatukan fitrah agama Islam dan bersatu padu memimpin jemaah ini.